حَدَّثَنِي يَحْيَى بْنُ أَبِي الْمُطَاعِ قَالَ سَمِعْتُ الْعِرْبَاضَ بْنَ سَارِيَةَ يَقُولُ قَامَ فِينَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ فَوَعَظَنَا مَوْعِظَةً بَلِيغَةً وَجِلَتْ مِنْهَا الْقُلُوبُ وَذَرَفَتْ مِنْهَا الْعُيُونُ فَقِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَعَظْتَنَا مَوْعِظَةَ مُوَدِّعٍ فَاعْهَدْ إِلَيْنَا بِعَهْدٍ فَقَالَ عَلَيْكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَإِنْ عَبْدًا حَبَشِيًّا وَسَتَرَوْنَ مِنْ بَعْدِي اخْتِلَافًا شَدِيدًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَالْأُمُورَ الْمُحْدَثَاتِ فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ
Telah menceritakan kepadaku Yahya bin Abi Al Mutha’ ia berkata; aku
mendengar ‘Irbadl bin Sariyah berkata; “Pada suatu hari Rasulullah SAW
berdiri di tengah-tengah kami. Baginda memberi nasihat yang sangat
menyentuh, membuat hati menjadi gemetar, dan airmata berlinangan. Lalu
dikatakan; “Wahai Rasulullah, engkau telah memberikan nasihat kepada
kami satu nasihat perpisahan, maka berilah kami satu wasiat.” Baginda
bersabda: “Hendaklah kalian bertakwa kepada Allah, mendengar dan taat
meskipun kepada seorang hamba Habasyi. Dan sepeninggalku nanti, kalian
akan melihat perselisihan yang sangat dahsyat, maka hendaklah kalian
berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khulafaur Rasyidin yang
mendapat petunjuk. Gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham, dan jangan
sampai kalian mengikuti perkara-perkara (bid’ah) yang dibuat-buat,
kerana sesungguhnya semua bid’ah itu adalah sesat.” (HR Ibnu Majah No:
42)

Komentar